Maksud
Rangkap 1
Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan
melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain.
Rangkap 2
Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan
kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang
ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain
untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan.
Rangkap 3
Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan
mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan
itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa
mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah.
Rangkap 4
Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk
mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan
keadilan pada hari pembalasan nanti.
Tema
Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah
dengan orang miskin yang jujur.
Persoalan
1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain
2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki
3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung
keluarga
4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang
Gaya Bahasa
1. Metafora
– akaun kemiskinannya
- pagar sengsara
- akaun sengsaranya
- ruang kedaifan
- rahang laut
- pusaran nasib
- rumah keadilan
2. Pengulangan – tetapi, ke dalam, di, ke dalam
3. Asonansi – yang telah lama pecah
4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan
Nada
Sinis
Nilai
1. Kejujuran
2. Kegigihan
3. Ketabahan
4. Keadilan
Pengajaran
1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang
halal supaya diberkai oleh Tuhan.
2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki yang
halal demi keperluan keluarga.
3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan terhadap orang
yang tidak amanah.
4. Kita tidak patut mengambil kesempatan
daripada kesenangan orang lain demi memperoleh kekayaan
No comments:
Post a Comment