Antologi Dirgahayu
Bahasaku
Cerpen Pahlawan
Buntung
(S. Othman Kelantan)
Sinopsis
Pertemuan semula
Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30
tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga
menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini
menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera
Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang
kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain
terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau
bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah
menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.
Tema
Kesengsaraan hidup
akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan
anggota tubuh badan dan juga kematian.
Persoalan
1. Persoalan kasih
sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2. Persoalan keberanian
dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3. Persoalan
kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan
mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5. Persoalan berusaha
membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6. Persoalan hormat
kepada warga tua atau warga emas
Plot
Secara keseluruhannya
plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot
iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain
diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku
berdasarkan fizikal.
(ii) Perkembangan
Dialog antara Pak
Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang
menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun
dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh
tentera Jepun.
(iii) Konflik
Adik beradik Khalid
memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang
semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar
Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di
rumahnya.
(iv) Klimaks
Sewaktu Pak Husain
melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan
sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang
dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah
membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan
menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v) Peleraian
Setahun selepas Jepun
menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan
kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang
menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya
dengan Pak Husain terus terjalin.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
ketika kami melangkah
ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur.
Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah
para nelayan ke gigi ombak…
2. Dialog
“Jemputlah ke rumah
kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih
Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
Teknik Plot
3. Suspens
Dia jugalah
mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat
akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun
di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan
ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan
Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya
juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…
4. Imbas kembali
…usianya baru
kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak
Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…
Latar
Latar Masa
30 tahun lalu
(situasi perang)
Tahun 1941 – 1973
Semasa sambutan
ulang tahun kemerdekaan
Semasa zaman
penjajahan Jepun
Latar Tempat
Kampung Pulau Pak
Amat
Kampung Tok Lukup
Sungai Gali
Kampung Dal
Jalan Bayam
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
iaitu Kampung Pulau Pak Amat
Masyarakat nelayan
yang bekerja menangkap ikan
Masyarakat yang
hormat menghormati sesama jiran tetangga
Masyarakat yang
setiakawan dalam memberi pertolongan
Watak Utama
Pak Hussain Berusia
60 tahun
Dahinya berparut
dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
Berpakaian
sederhana (keperibadian desa – suci murni)
Mengetuai orang
kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk
kampung berpindah ketika Jepun menyerang
Kampong Pulau Pak
Amat.
Berpengalaman dan
pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan
menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga
semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
Berjasa kepada orang
–orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa
semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan
perompak bagi menyelamatkan orang kampong.
Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
Anak Pak Hasan
Menghormati pak
Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup
membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong
2. Fatimah
Ibu Khalid
Seorang yang
penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun
menyerang kampung mereka.
Gaya Bahasa
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh : gebar
kebingungan
3. Hiperbola
Contoh : diselubungi
oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi
yang malas
Nilai
1. Nilai keberanian
contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai
kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk
menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih
sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka
berpindah.
4. Nilai patriotisme,
contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah
air.
Pengajaran
1. Kita hendaklah
berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah
bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah
menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah
mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
No comments:
Post a Comment